Wednesday, 22 May 2013

hastarian..

memories from hasta la vista

all the memories with all of u become the majestic moment in my life

i luv all of u...

we're friends till the end..

Saturday, 26 February 2011

GURU AL-QURAN

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
Pensyarah CTU 551

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HUSNA BINTI MOHD ROUDUAN
No Matrik : 2010833828
Kumpulan: BMB2Ac

PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA PE PERNIAGAAN PENTADBIRAN (KEPUJIAN) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BM223)
ISI KANDUGAN
1.  TAJUK: GURU YANG MENGAJAR AL-QURAN
2.   PENDAHULUAN
3.   ABSTRAK
4.   LATAR BELAKANG
5.   SEJARAH PENGLIBATAN DALAM PENGARAN AL-QURAN
6.   PENGLIBATAN ANAK-ANAK MENGAJI AL-QURAN
7.   MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU YANG MENGAJAR AL-    QURAN DAN CARA PENYELESAIAN.
8.   AMANAT GURU YANG MENGAJAR AL-QURAN
9.   HADIS SAHIH KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
10.  KESIMPULAN
11.  RUJUKAN




TAJUK: GURU YANG MENGAJAR AL-QURAN

PENDAHULUAN
    Assalamualaikum wbt.  Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja  kursus CTU 551 dengan jayanya.salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Pada cuti pertengahan semester yang lepas saya telah mengambil tajuk guru yang mengajar Al-Quran segai kerja kursus ctu551. Saya telah menemuramah guru yang mengajar Al-Quran di kampung cherang ruku.beliau juga merupakan guru saya dalam mengaji Al-Quran. Terima kasih kepada pok Ngoh dan mereka yang terlibat memberi sokongan untuk saya menjayakan kerja kursus CTU 551 pada masanya.

       Terima kasai juga diucapkan kepada pensyarah CTU551iaitu Abdul Aziz Bin Harjin kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjayakan kerja kursus ini.
ABSTRAK
         Secara bahasa, Al-Quran berasal dari kata kerja qară’a yang berarti “mengumpulkan atau menghimpun”, dan qiră’ah yang berarti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain dalam suatu ucapan yang tersusun rapi”
         Al-Quran adalah firman atau wahyu yang diturunkan Allah Swt kepada Nabi Muhammad SAW dengan perantaraan Malaikat Jibril untuk dijadikan pedoman dan petunjuk hidup seluruh umat manusia hingga akhir zaman. Al-Quran merupakan kitab suci terakhir dan terbesar yang diturunkan Allah SWT kepada manusia setelah Taurat, Zabur, dan Injil yang diturunkan kepada para Rasul sebelum Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan kitab suci yang istimewa karena tidak hanya mempelajari dan mengamalkan isinya saja yang menjadi keutamaan, tetapi membacanya saja sudah bernilai ibadah.
          Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan oleh Tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia. Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia yang merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ini termasuklah hal- hal yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia, manusia dengan Allah dan manusia dengan alam sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia seperti pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi, sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya ada disentuh di dalam Al-Quran
LATAR BELAKANG
        Beliau bernama Haji Jusoh Bin Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada tahun 1937. Beliau digelar ‘Pok Ngoh’ oleh anak-anak murid beliau.  Beliau tinggal di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh,Kelantan. Beliau mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak. Anak-anaknya semua telah berkahwin dan bekerja.Beliau bekerja sendiri dan sekarang beliau dan isterinya telah mengajar Al-Quran sepenuh masa.
               Beliau telah mengajar Al-Quran kepada anak-anak penduduk kampung Cherang Ruku telah melebihi 40 tahun dan beliau telah dilantik oleh Majlis Harakah sejak 20 tahun yang lalu.Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam hal ehwal pengajaran Al-Quran.beiau merupakan seorang yang tegas tetapi mesra dengan penduduk kampung.

SEJARAH PENGLIBATAN DALAM PENGAJARAN AL-QURAN
                 Pewarisan  pengajaran Al-Quran sejak dari turun-temurun lagi. Beliau telah mewarisi  pengajaran Al-Quran dari bapa mertua beliau. Setelah bapa mertuabeliau meninggal dunia,beliau dan isterinya telah mengambil alih tugas selaku guru yang mengajar Al-Quran kepada anak-anak di kampung cherang ruku sehingga sekarang.
               Tempat mengajar Al-Quran dilakukan di rumah beliau sendiri.pengajaran Al-Quran dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi  dan selepas zohor.ini adalah kerana anak-anak murid beliau ada yang bersekolah pada sesi pagi  dan ada yang sesi petang. Mula-mula penubuhantempat pengajaran AL-Quran pelajar sedikit dan lama kelamaan pelajar yang mengaji Al-Quran semakin ramai.
PENGLIBATAN ANAK-ANAK YANG MEN GAJI AL-QURAN
                  Murid-murid yang mengaji Al-Quran semakin bertambah dari semasa ke semasa. Pelajar yg dahulunya sedikit kini telah menjangkau dalam 60 orang. Kebanyakan murid-murid yang mengaji Al-Quran terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang berusia dalam lingkungan 4 tahun hingga 20 tahun. Yang selebihnya ialah murid-murid yang ingin mendalami ilmu agama iaitu belajar Al-Quran dengan lebih mendalam lagi. Kebanyakan murid-murid yang mengaji memberi komitmen yang sepenuhnya dalam pengajian Al-Quran. Mereka akan mengaji sehingga khatam beberapa kali.
               Di samping itu mereka akan belajar tajwid dan cara mengaji Al-Quran yg lebih baik.Anak-anak muridnya bukan sahaja terdiri daripada anak-anak dari kampung cherang ruku malah ada juga dari  kampung sebelah.ada yang pergi mengaji Al-Quran dihantar oleh ibu bapa dan ada yang pergi sendiri bersama kawan-kawan atau bersana adik-beradik.kebanyaka murid-murid ramai yang mengaji Al-Quran pada waktu zohor berbaning pada waktu pagi. Ini adalah kerana mereka mengaji Al-Quran selepas sesi persekolahan.
             Pada hari cuti iaitu hari jumaat dan hari sabtu, mereka akan pergi mengaji Al-Quran pada kedua-dua waktu iaitu waktu pagi dan selepas  zohor.pada waktu malam pula diperuntukkan untuk mereka yang ingin belajar Al-Quran dengan lebih mendalam lagi. Pada waktu malam biasanya murid-murid yang berusia antara 18 hingga 20 tahun yang pergi mengaji Al-Quran. Kebayakan pelajar memberipenglibatan yang sepenuhnya dalam pengajian Al-Quran.
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH GURU YANG MENGAJAR AL-QURAN PADA MASA DAHULU BERBANDING SEKARANG DAN CARA UNTUK MENYELESAIKANNYA
DAHULU:
              Walaupun murid-murid yang mengaji Al-Quran adalah ramai tetapi mereka tidak dapat mengenal huruf.jadi mereka hadir ke kelas mengaji Al-Quran dengan kerap dan berusaha untuk kenal huruf  dan berusaha supaya dapat mengaji dengan lebih baik lagi.dahulu juga tidak diadakan kelas iqra’ di sekolah atau di mana-mana sahaja,jadi ibu bapa dan anak-anak hanya mengharap sepenuhnya pada guru yang mengajar Al-Quran supaya mengajar anak-anak mereka.
           Murid-murid dahulu tidak  ramai jadi lebih senang untuk guru mengajar Al-Quran memantau dan mengenal pasti mereka yang lemah danmemberi tumpuan yg lebih kepada mereka yang lemah supaya dapat mengaji Al-Quran dengan lebih baik. Bagi mereka yang tidak mengenal huruf  ‘pok ngoh’ akan  memberi tumpuan  supaya mereka mengenal huruf.
         Kebanyakan murid-murid pada waktu dahulu takut dan hormat kepada guru yang mengajar Al-Quran .ini  membuatkan guru yang mengajar Al-Quran senang untuk mengajar mereka. Mereka juga dapat memahami  dan dapat belajar Al-Quran dengan lebih baik
       Jika anak-anak murid dirotan mereka tahu itu adalah kesalahan mereka  dan ada sebabnya guru yang mengajar Al-Quran berbuat demikian. Mereka tidak cepat memberitahu ibu bapa mereka jika mereka dirotan. Jika mereka memberitahu ibu bapa mereka apabila mereka dirotan,ibu bapa akan bertanya guru yang mengajar Al-Quran dan mereka pula akan merotan anak mereka apabila sampai di rumah. Hal ini menandakan bahawa iu bapa tidak mendengar rungutan anak-anak mereka yang tidak munasabah tanpa alasan yang kukuh.hal ini menyebabkan anak-anak terdidik untuk mengaji dan mereka dapat memberi perhatian sepenuhnya pada pengajian Al-Quran. Ibu bapa dan anak-anak murid yang mengaji Al-Quran lebih memberatkan ilmu akhirat kepada anak-anak.

SEKARANG:
       Pengajian Al-Quran pada masa dahulu begitu berbeza daripada sekarang. Pada masa sekarang begitu susah untuk melihat anak-anak mengaji pada masa yang sepatutnya. Mereka lebih terdedah kepada aktiviti-aktiviti yang lain. Contohnya selepas waktu persekolahan mereka akan ke pusat tuisyen dan akhirnya lupa untuk menaji Al-Quran.hal ini menyebabkan mereka dating sambil lewa mengaji Al-Quran dan mengambil mudah tentang pengajian Al-Quran.
        Selain itu anak-anak lebih mementingkan perkara yang tidak berfaedah seperti bermain bola bersama-sama kawan ataupun menonton televisyen.hal ini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak dapat membezakan antara perkara yang penting dan tidak. Pada masa sekaranglah peranan ibu bapa amat diperlukan dalam  memandu anak-anak kea rah yang betul dan memberi mereka pelajaran A-Quran yang sepatutnya mereka dapat.
     Sikap sesetengah ibu bapa sekarang amat menyedihkan. Ibu bapa lebih mementingkan akademik anak-anak daripada mengaji Al-Quran. Sesetengah ibu bapa sekarang hanya mengejar pangkat dan kemewahan semata-mata tanpa mengambil tahu setakat mana pembelajaran anak-anak dalam pengajian Al-Quran.mereka hanya inginkan anak-anak mereka menjadi yang terbaik dalam akademik dan kokurikulum.
       Ibu bapa juga lebih memanjakan anak-anak.jika anak-anak dirotan, ibu bapa akan memarahi guru yang mengajar Al-Quran walaupun anak-anak mereka yang salah.walaupun sekarang ada iqra’ yang membantu anak-anak mengaji Al-Quran dengan baik tetapi sikap anak-anak yang datang mengaji Al-Quran jarang-jarang menyebabkan mereka sukar belajar Al-Quran dengan baik.
      Ibu bapa mestilah mementingkan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak secara berterusan. Berjaya dalam akademik sahaja tidak menjamin anak- anak kita menjadi manusia yang seimbang.ini bukan bermaksud ibu bapa perlu ketepikan ilmu keduniaan. Jadi latihlah anak-anak kita supaya menjadi seorang manusia yang seimbang dan berjaya di dunia dan diakhirat.
 AMANAT GURU YANG MENGAJAR AL-QURAN
           Ibu bapa seharusnya memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak dalam mengaji Al-Quran.ibu bapa mestilah membimbing anak-anak mereka dalam mengaji Al-Quran. Mereka mesti mengingatkan anak-anak mereka supaya mengaji Al-Quran tepat pada masanya. Apabila anak-anak balik daripada mengaji Al-Quran mereka seharusnya bertanya tahap pengajian anak-anak mereka.
        Sememangnya tidak dinafikan ada anak-anak yang degil dan sukar untuk pergi mengaji Al-Quran.oleh itu peranan ibu bapa harus memaksa anak-anak supaya  mempelajari Al-Quran.perkara ini boleh dilakukan dengan merotan mereka atau ibu bapa sendiri yang menghantar anak-anak mereka ke tempat pengajian Al-Quran.
        Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh mereka lambat untuk mengenal huruf dan akhirnya malas untuk mengaji Al-Quran disebabkan terpengaruh dengan anasir-anasir luar seperti bermain, Menonton televisyen dan sebagainya.apaila aasir-anasir ini tidak dibendung,mereka akan semakin malas untuk mengaji Al-Quran. Ibu bapa perlu mengambil inisiatif dengan cara mengajar anak-anak mengaji Al-Quran di rumah kerana ini akan membuatkan anak-anak lebih mengenal huruf dan senang untuk mengaji Al-Quran bersama guru yang ajar Al-Quran.
      Selain itu ibu bapa seharusnya kerap berjumpa guru yang mengajar Al-Quran untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka dalam pengajian Al-Quran dan mengetahui perangai anak-anak mereka semasa mengaji Al-Quran.ibu bapa juga mesti memberitahu perangai anak-anak mereka kepada guru yang mengajar Al-Quran.ibu bapa tidak boleh menyerahkan pengajian Al-Quran kepada anak-anak mereka bulat-bulat kepada guru yang mengajar Al-Quran.
        Ibu bapa seharusnya menerapkan kepada anak-anak betapa pentingnya mempelajari Al-Quran sehingga anak-anak tahu betapa pentingnya pengajian Al-Quran dalam kehidupan mereka.apabila  anak –anak memahami dan menghayati betapa pentingnya pembacaan Al-Quran dalam kehidupan mereka,merka akan berminat untuk belajar Al-QURAN dengan sendirinya.
       Penerapan pengajian Al-Quran kepada anak-anak perlu dilakukan semenjak mereka kecil lagi.ibu bapa seharusnya mendidik dan membimbing anak-anak membaca Al-Quran seawal usia mereka empat tahun lagi. Ajarlah mereka mengenali huruf dan iqra’ pada usia sekecil itu.apailla mereka kenal huruf mereka akan berminat  dan mereka tidak perlu dipaksa untuk pergi mengaji Al-Quran.
     Apabila khatam Al-Quran mereka perlu menghafaznya .janganlah sekali khatam mereka terus tidak membuka Al-Quran inikan pula membacanya.Nauzubillah.“Menjaga hafazan adalah lebih sukar dari menghafaznya”. Renungi hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi :
“Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga (pahala) kotoran yang dikeluarkan seseorang dari Masjid. Dan ditunjukkan kepadaku dosa-dosa umatku. Maka tidaklah kulihat dosa yang lebih besar daripada surah atau ayat dari Al-Quran yang dihafaz oleh seseorang, kemudian dilupakannya.”
        Untuk mengelakkan daripada dihindari penyakit lupa tersebut, seorang penghafaz al-Quran hendaklah melazimi mengulangkaji hafazannya atau dalam istilah mudahnya “Murajaah”. Perkara ini merupakan rutin harian dalam hidup penghafaz al-Quran. Berapa banyak yang perlu dibaca atau Murajaah dalam sehari? Tiada disiplin atau jadual khas dalam menentukan perkara ini. Semuanya terpulang pada individu tersebut. Namun, ulama’ terdahulu telah memberikan kita beberapa panduan untuk memudahkannya
           Ibnu Abi Daud menyatakan bahawa sebahagian mereka mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh dua bulan sekali. Ada juga yang mengkhatamkannya dalam tempoh sebulan sekali. Selain dari dua pendapat tersebut ada beberapa lagi pendapat mengenai tempoh masa mengkhatamkan al-Quran :
1.   Sepuluh hari sekali.
2.   Lapan hari sekali.
3.   Tujuh hari sekali. (Usman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka’ab, Abdul Rahman bin Zaid, Alqamah dan Ibrahim.)
4.   Enam hari sekali.
5.   Lima hari sekali.
6.   Empat hari sekali.
7.   Tiga hari sekali.
8.   Dua hari sekali.
9.   Satu hari sekali.  (Usman bin Affan, Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, )
HADIS KELEBIHAN AL QURAN
#. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.( Riwayat Muslim )
#. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.( Riwayat Muslim )
#. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )
#. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.( Riwayat Bukhari & Muslim )
#. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran.( Riwayat Muslim)
#. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh.( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )
#. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi MuhammadS.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
#. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )
KESIMPULAN
Al-Quran amat penting dalam kehidupan seharian. Malah dalam solat juga kita perlu membaca ayat Al-Quran. Jika difikirkan bagaimanakah kita ingin mendirikan solat jika tidak tahu membaca Al-Quran. Di sinilahperanan ibu bapa dan guru yang mengajar Al-Quran dalam mendidik dan memberi ilmu tentang pengajian Al-Quran.
    Saya juga berharap pengajian Al-Quran di rumah beliau akan diteruskan hingga ke generasi akan datang.
RUJUKAN
# Haji Jusoh Bin Abdul Rahman
# Buku rujukan hadis sahih
# internet